Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Quentin Tarantino Dedahkan Filem Marvel Studios Kegemarannya


 

Tidak dapat disangkal lagi filem-filem terbitan Marvel Studios menjadi siri filem yang diikuti ramai kaki-kaki wayang seluruh dunia. Malah peminat siri filem Marvel ini bukan sahaja terdiri dari rakyat marhaen, ianya turut menjadi kegemaran pengarah legenda ini iaitu Quentin Tarantino.

Dalam temubualnya bersama Empire Magazine, pengarah filem Once Upon A Time In Hollywood itu mendedahkan bahawa dirinya juga adalah peminat filem-filem bertemakan superhero.

Beliau mengakui walaupun lambat mengikuti trend peminat filem superhero, dia masih sempat menonton beberapa filem adaptasi komik itu seperti Wonder Woman, Black Panther, Captain America: Civil War dan beberapa filem Marvel yang lain.

“I haven’t been keeping up to date with them for, I guess, the last four years. I think the only comic book movies I saw last year at theaters were Wonder Woman and Black Panther. But about a couple of weeks ago I started catching up with some of the Marvel movies so I could go see Endgame,”

“I just finished Captain America: Civil War, so next up is Doctor Strange.”


Apabila ditanya apakah filem superhero yang beliau gemari, beliau menjawab Thor: Ragnarok!.

“Actually, the last one I saw was [Thor:] Ragnarok. I loved it,”, ¬†“It was my favourite one of the series since The Avengers – drastically my favorite.”

Pendedahan Tarantino itu secara tidak langsung telah memuji pengarah Taika Waititi. Pengarah filem Thor: Ragnarok itu sebelum ini turut menerima pujian dari para pengkritik dan peminat yang melihat kreativitinya berjaya mencipta revolusi baru dalam sejarah Marvel Cinematic Universe (MCU).

Jadi kepada anda diluarsana khususnya peminat MCU, apakah filem Marvel Studios kegemaran anda?


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee