Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Quentin Tarantino Bakal Arahkan Filem Keempat Star Trek?

Pengarah filem Pulp Fiction, The Hateful Eight, Quentin Tarantino dilaporkan bakal mengarahkan filem terbaru Star Trek tidak lama lagi. Menurut laman web Deadline, Tarantino kini bersama-sama bekas pengarah filem Star Wars: A Force Awakens dan Star Trek: Beyond, J.J. Abrams mencurahkan idea untuk filem Star Trek terbaru itu.

J.J Abrams yang mengarahkan filem tiga Star Trek sebelum ini akan bertindak selaku penerbit filem.

Filem Star Trek telah dihasilkan semula pada tahun 2009 dengan filem pertama telah berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak $380 juta dolar, filem kedua, Star Trek Into Darkness pula diterbitkan pada 2013 manakala filem ketiga, Star Trek Beyond pula diterbitkan pada 2016. Kedua-dua filem berkenaan berjaya mengutip $460 juta dan $343 juta seluruh dunia.

Tarantino kini sedang terlibat dengan projek terbaru beliau bersama Sony dengan menjadi pengarah filem mengenai pembunuh kejam, Charles Manson yang bakal ditayangkan pada Ogos 2019.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai filem keempat Star Trek akan datang. Berdasarkan laporan dari IMDb, beberapa muka lama akan kembali membintangi filem ini antaranya Chris HemsworthChris PineZachary Quinto dan John Cho

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment