Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Queen Latifah Sebagai Robyn McCall Dalam Teaser Drama Jenayah CBS “The Equalizer”

CBS telah melancarkan teaser pertama drama jenayah The Equalizer, siri terbaru yang juga merupakan reboot dari siri drama jenayah berjudul sama yang diterbitkan pada 1980an. Teaser yang dilancarkan memaparkan pratonton watak utama Robyn McCall lakonan Queen Latifah, yang membantu orang awam membanteras jenayah.

Siri terbaru dijadualkan tayangan pada Ahad 7 Februari ini. Anda boleh saksikan teaser dibawah. 

Reboot The Equalizer akan menjadi siri baru untuk drama klasik dan francais filem. Ia akan mengikuti kisah karakter lakonan Queen Latifah sebagai tokoh yang penuh teka-teki yang menggunakan kemahirannya yang luas untuk menolong mereka yang tidak terdaya. Siri ini ditulis oleh Andrew Marlow dan Terri Miller, yang kedua-duanya turut bertindak sebagai ‘showrunner.’

The Equalizer turut dibintangi Lorraine Toussaint, Tory Kittles, Adam Goldberg, Liza Lapira dan Laya DeLeon Hayes. 

Siri asal dicipta oleh Michael Sloan dan Richard Lindheim yang disiarkan selama empat musim dari 1985-1989 di rangkaian CBS. Ia dibintangi oleh pelakon Inggeris Edward Woodward, yang memainkan peranan sebagai ejen perisik bersara Robert McCall. Siri The Equalizer diadaptasi menjadi dua filem yang dibintangi oleh pemenang Oscar, Denzel Washington yang kedua-duanya memperoleh lebih dari $ 190 juta di seluruh dunia.

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Tarikh Pelepasan Attack on Titan Musim Akhir Diumumkan Dalam Video Teaser Terbaru

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Jun Ji Hyun & Joo Ji Hoon Mempertaruhkan Nyawa Mereka Dalam Teaser Terbaru Jirisan

Zulaikha

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Leave a Comment