Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Que Haidar Tegur Pengurus Produksi Tak Beretika

Pelakon Que Haidar menegur sikap segelintir pihak produksi yang enggan mementingkan etika apabila menghubungi pelakon untuk berbincang mengenai tawaran berlakon.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Que menjelaskan bahawa pengurus produksi sepatutnya menerangkan butiran projek terlebih dahulu sebelum bertanyakan soal tarikh.

“Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi SY memang tidak gemar bila anda nak SY menyertai sesuatu project anda bertanya tentang date SY dahulu. Maaf sekali lagi.. SY rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi project tersebut, directornya,jalan ceritanya, wataknya, pemain2 yg lain, lokasinya dll. Biar pelakon itu sendiri bertanyakan date tersebut. Ini bukan utk pelakon saja tapi gunakan cara ini dgn semua pekerja filem. Maaf sekali lagi SY terpaksa reject tawaran anda sebelum SY ambit tahu tentangnya

https://www.instagram.com/p/CGCWVG-Mw6l/?igshid=988fdnu0mkkc

Perkongsian pelakon itu menerima pelbagai pendapat dari orang ramai dan pihak terlibat dalam bidang produksi. Penulis Ellyna Ahmad bersetuju dengan teguran Que memandangkan dia faham cara kerja pelakon tersebut. 

Percayalah kalau dia sibuk macam mana pun tetapi pandai terangkan watak dan cerita itu pasal apa, dia akan jadi ‘free’ untuk bawa watak itu. Que dah berlakon dalam dua skrip saya, “Ophilia” dan “Cahaya Malaika”, 

Ada pendapat yang mengatakan mungkin produksi mahu menjimatkan masa, bagaimanapun apa yang ditegur Que mungkin bersebab. Apa yang dikatakan Ellyna mungkin betul, Que Haidar boleh mengosongkan jadualnya sekiranya projek yang ditawarkan berjaya menambat hatinya. 

Walau bagaimanapun, perkongsian Que menerima pelbagai pendapat daripada orang ramai dan pihak yang bekerja dalam bidang produksi. Ada yang bersetuju bagi pihak Que, ada juga sebaliknya.

Apapun, Que menjelaskan niatnya bukan untuk meminta orang ramai untuk mengecam tindakan pengurus tersebut, sebaliknya ingin memberi pengajaran kepada pihak produksi di luar sana.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

NETIZEN TENTUKAN PLOT TWIST ‘MIS TRES HERMANAS’ MALAYSIA

Zulaikha

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Isqandar

iQiyi Bergabung Tenaga Bersama FINAS Dalam Kempen Anti Cetak Rompak #JanganTontonHaram

Zulaikha