Que Haidar Samakan FFM 27 Seperti Anugerah Kanak-Kanak

0
509
views

ophilia

Pelakon utama filem Ophilia, Que Haidar meluahkan perasaan tidak puas hatinya apabila filem lakonan beliau, Ophilia tidak tersenarai dalam kategori Cerita Asal dan Kostum Terbaik.  Filem itu hanya dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik yang turut menyenaraikan Que Haidar bagi kategori itu, Pengarah Harapan (Raja Mukriz) dan Pelakon Harapan Lelaki (Kodi Rasheed).

Selain itu juga, Que turut memuat naik status sama turut bertanya siapakah barisan juri yang membuat keputusan pemilihan finalis FFM 27 kali ini.

Que mempersoalkan ketelusan FINAS dalam memilih calon-calon bagi setiap kategori yang dipertandingkan yang mana menganggap badan induk tersebut hanya memilih filem berbudget besar ataupun kroni sahaja layak tercalon dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Walaubagaimana pun kami sependapat dengan Que Haidar bahawa filem Ophilia layak tercalon dalam kategori Cerita Asal dan Kostum Terbaik kerana jalan ceritanya yang asli dan bertepatan dengan kisah hidup Skinhead dan juga pemakaian dalam filem tersebut kelihatan seperti pemakain Skinhead yang sebenar.

Apapun kami berharap isu ini telah berpanjangan lama dan berharap filem Ophilia dapat mengondol anugerah dalam festival itu nanti.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here