Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Que Haidar Mula Menjadi Penyanyi Pula

Pelakon popular Que Haidar yang sudah sekian lama tidak muncul dalam lakonan rupa-rupanya mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian pula apabila dia bakal muncul dengan single pertamanya tidak lama lagi.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, dia sememangnya sudah lama menyimpan impian untuk bergelar penyanyi sejak dari zaman sekolah lagi.

Lebih menarik, single yang bakal diberi judul “Kisah Cinta” ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Que sendiri.

“Apabila diperdengarkan kepada rakan-rakan, mereka kata mengapa tidak membentuknya menjadi lagu. Saya meminta bantuan saudara saya yang memang belajar muzik untuk membina lagu “Kisah Cinta” ini.

“Saya dengarkan kepada Linda dan rakan-rakan. Kata mereka, lagu ini bagus, jadi apabila mendapat maklum balas baik, saya cuba mencari penyanyi yang difikirkan boleh menyanyikan dengan baik. Tetapi orang keliling berkata mengapa tidak saya menyanyikan sendiri kerana ia berkenaan kisah hidup saya. Saya juga pernah dan boleh menyanyi,” – Que Haidar

Dengan dorongan dan sokongan daripada insan tersayang dan rakan-rakan, dia mengambil keputusan untuk merakamkan sendiri lagu tersebut.

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia muzik, pelakon “Rock” ini menegaskan dia tidak mengejar populariti atau ini pilihan kerjaya selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sebaliknya mahu berkongsi perasaan dengan mereka yang mungkin pernah melalui fasa hidup seperti yang pernah dirasainya.

Dalam pada itu, Que berkata dia akan melancarkan single terbarunya ini selepas penggambaran muzik video ini selesai supaya dia dapat melancarkan single dan muzik video serentak.

Single Que bakal dipasarkan oleh syarikat rakaman Luncai Emas milik penyanyi tersohor tanah air Datuk M. Nasir.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment