Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Pyo Ye Jin Menggantikan Tempat Naeun Yang Disingkirkan, Dalam Drama Terbaru SBS “Taxi Driver”

Isu buli terus menjadi topik hangat di Korea Selatan. Selepas Ji Soo disingkirkan dari drama “River Where the Moon Rises” disebabkan tuduhan membuli, seorang lagi pelakon turut mengalami nasib yang sama. 

Ahli kumpulan APRIL, Naeun, yang membintangi drama terbaru SBS “Taxi Driver“, telah disingkirkan dari barisan pelakon kerana dituduh membuli ketika bersekolah rendah dan serta membuli adik kepada salah seorang bekas ahli kumpulan APRIL. Walaupun agensinya, DSP Media, menafikan tuduhan tersebut dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang, pasukan produksi tetap mengambil keputusan untuk menyingkirkan Naeun dari drama “Taxi Driver”.

Susulan penyingkiran itu, pelakon Pyo Ye Yin telah dipilih untuk menggantikan tempat Naeun dengan memainkan peranan sebagai Go Eun. Memandangkan “Taxi Driver” masih belum bersiaran, dan Naeun baru merakam 60 peratus babak yang melibatkannya, pihak produksi mengambil langkah untuk merakam semula babak yang melibatkan watak Go Eun. 

Karakter Go Eun adalah seorang penggodam yang bekerja untuk Rainbow Taxi. Dia adalah mangsa jenayah yang telah merampas seluruh keluarganya, dan sekarang bekerja di Rainbox Taxi sebagai mata’ dan ‘telinga’ kepada Kim Do Gi (Lee Je Hoon), dengan menggodam semua jenis peranti digital seperti CCTV, telefon pintar, dan komputer.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Taxi Driver” adalah mengenai perkhidmatan teksi misteri yang membalas dendam bagi pihak mangsa yang gagal mendapat keadilan dari undang-undang. Pyo Ye Yin akan menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada Lee Je Hoon, Esom, dan Kim Eui Sung. Park Joon Woo mengarahkan drama terbaru ini berdasarkan skrip yang ditulis Oh Sang Ho. 

“Taxi Driver” akan mula bersiaran sebaik sahaja “The Penthouse 2” berakhir, iaitu pada 9 April jam 10 malam waktu Korea Selatan. 

Sumber: Soompi

Related posts

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

Leave a Comment