Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Pusaka Telah Mengutip Lebih RM 2 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan


Filem seram terbitan Astro Shaw, Pusaka berjaya meraih lebih RM 2 juta dalam tempoh empat hari tayangannya. Pendedahan kutipan didedahkan menerusi laman instagram rasmi Astro Shaw.

Kejayaan Pusaka mendapat kutipan yang memberangsangkan itu seperti sudah dijangka kerana filem tersebut mendapat pujian dan respon positif dari kalangan penonton.

Pusaka mengisahkan tentang Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri.

Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Filem arahan Razaisyam Rashid itu dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Farhanna Qismina, Ogy Ahmad Daud dan Faizal Hussein.


Pusaka kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.


Related posts

Polis Evo 3 Telah Mengutip RM50 Juta!, Kuasai Box Office Tempatan Tahun 2023

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kini Telah Mengumpul RM25 Juta

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kaut RM16 Juta Pada Minggu Pembukaan Tayangannya

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kutip RM10 Juta Dalam Tempoh 3 Hari Tayangan!

Kakimuvee

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kutip RM1.3 Juta Pada Tayangan Awal

Kakimuvee