Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Pusaka Kutip RM 13.7 Juta Pada Hari Ke-36 Tayangannya


Walaupun pawagam dikuasai beberapa filem popular seperti Wira, Frozen dan Ejen Ali the Movie, filem seram terbitan Astro Shaw, Pusaka masih mampu mencatatkan peningkatan kutipan tiket.

Menerusi pengumuman yang dibuat di laman Instagram rasmi Astro Shaw baru-baru ini, filem arahan Razaisyam Rasyid itu telah berjaya meraih RM13.7 juta pada hari ke-36 tayangannya, dan masih lagi ditayangkan di beberapa pawagam tempatan.

Pertambahan kutipan tiket itu menunjukkan Pusaka masih mampu menarik penonton ke pawagam terutama kepada peminat yang mengulangi tontonan filem tersebut.

 

View this post on Instagram

 

RM 13.7 JUTA DALAM MASA 36 HARI TAYANGAN dan Masih ditayangkan di pawagam. Jom repeat! Terima kasih atas sokongan semua! Sesiapa yang nak tengok karya terbaru Penerbit dan Pengarah filem Pusaka, Astro Shaw & Razaisyam, Sebuah siri seram eksklusif “SEMBILAN”. Mudah saja! Muat turun secara PERCUMA aplikasi Astro GO di Apple Store atau App Store. Strim “SEMBILAN” di Astro GO sekarang. #PUSAKA KINI MENGHANTUI DI PAWAGAM! #FilemPusaka  #DonePUSAKA #PUSAKARepeat #Sembilan #SembilanGo #AstroGoEsklusif #Sembil9n Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Pusaka mengisahkan tentang Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri.

Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.


Pusaka dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Farhanna Qismina, Ogy Ahmad Daud dan Faizal Hussein.

Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee