Berita

The Purge 4 Sedang Dalam Penggambaran, Frank Grillo Tidak Akan Kembali Dalam Filem Kali Ini

Views

Franchise filem aksi seram The Purge kini sudah memasuki siri keempat apabila filem terbaru berjudul The Purge: The Island atau juga dikenali sebagai The Purge 4 kini sedang dalam proses penggambaran. Selepas kejayaan 3 filem sebelum ini iaitu  The Purge (2013), The Purge: Anarchy (2014) dan The Purge: Election Year (2016), penerbit Jason Blum dan pengarah Gerard McMurray kini sedang menghasilkan filem keempat yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2018.

Bagaimanapun, untuk filem kali ini, aktor Frank Grillo yang membintangi dua filem terakhir The Purge tidak akan kembali melakonkan wataknya. Bukan kerana wataknya dimatikan atau pelakon terbabit tidak dapat berlakon untuk filem kali ini, tetapi The Purge: The Island merupakan prekuel kepada 3 filem awal franchise The Purge.

The Purge: The Island akan membawa penonton kepada kejadian yang menyebabkan berlakunya peristiwa pertama The Purge. - Bertempat disebuah pulau yang dinamakan Staten Island, berlaku satu eksperimen dimana kejadian The Purge dilakukan dikawasan pulau tersebut. Masyarakat dikawasan tersebut telah dimanipulasi dengan wang agar mereka melakukan pembunuhan dan menjadikan individu disekeliling mereka sebagai mangsa.

Antara pelakon-pelakon yang akan membintangi filem ini ialah Y’Lan Noel (The Spartan King), Lex Scott Davis (Toni Braxton: Unbreak My Heart), Joivan Wade (The Weekend Movie), Luna Lauren Velez (Adrift) dan beberapa pelakon lain. Selain Jason Blum, Michael Bay, Andrew Form, Brad Fuller dan Sébastien K. Lemercier adalah penerbit bersama untuk filem prekuel ini. Selain itu, James DeMonaco akan bertindak sebagai penulis lakon layar.

Franchise The Purge antara franchise bajet rendah Blumhouse Production yang paling sukses. Ketiga-tiga filem berkenaan berjaya mengutip $319 juta seluruh dunia dengan bajet pembikinan filem hanya $33 juta sahaja.

Klasifikasi filem The Purge: The Island masih tidak diketahui lagi, manakala tarikh ia ditayangkan adalah pada 4 Julai 2018, iaitu tarikh kemerdekaan negara Amerika.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks