Berita

"The Punisher" Ditahan di Comic Con, Sasar Jason David Frank

Views

Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai "The Punisher" ditahan oleh polis di konvensyen Comic Con yang sedang berlangsung di Phoenix, Amerika dengan membawa pelbagai senjata dan peluru dengan tujuan untuk membunuh anggota polis jahat dan juga bekas pelakon Power Rangers Jason David Frank.

Menurut laman web Screengeek.net, polis Phoenix menerima laporan dari Jabatan Polis di California bahawa terdapat saksi melihat status Facebook dari seorang lelaki bernama Mathew Sterling, 31 yang mengancam untuk melakukan huru hara di konvensyen terbabit dan juga memuatnaik gambar anggota polis dan mengugut untuk membunuh anggota polis di konvensyen terbabit.

According to court documents, Phoenix police received a call from the Hawthorne Police Department in California. Hawthorne police said a witness reported reading Facebook messages from Sterling who was posting pictures of Phoenix officers and threatening to shoot them.

Sterling resisted when approached by police at Phoenix Comicon and even ripped off an officer’s police patch on his uniform, according to court paperwork. He was eventually overpowered and taken into custody.

Police say Sterling was armed with a shotgun and three handguns that were all fully loaded. He was also carrying a combat knife, pepper spray and throwing stars. Police said he was wearing body armor.

Jason David Frank yang turut dikaitkan akan diserang oleh lelaki terbabit mengeluarkan kenyataan mengenai insiden terbabit.

“Due to the pending allegations, I will only state I do not know the person who was arrested, but I will pray for him. This incident is an eye-opening situation to increase and add more security to all Comic-Cons around the world.”

Bagaimanapun, lelaki tersebut sempat ditahan oleh polis sebelum dia mula bertindak dan anggota polis menemui selaras shot-gun, tiga pistol automatik, pisau kombat, spray pemedih mata dan senjata lain. Polis juga memberitahu, lelaki tersebut turut memakai baju kalis peluru.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks