Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Promo Terbaru “Mortal Kombat” Menampilkan Raiden, Jax, Liu Lang & Kung Lao

Menjelang tayangannya pada bulan ini, akaun Twitter rasmi Mortal Kombat telah melancarkan beberapa siri promosi, menampilkan beberapa pahlawan utama yang bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan maut.

Dalam klip video pendek (yang anda boleh lihat dibawah), karakter popular permainan video Mortal Kombat seperti Jax Briggs (Mehcad Brooks), Liu Kang (Ludi Lin), Kung Lao (Max Huang), dan Raiden (Tadanobu Asano) telah diberi perhatian, dan menjanjikan pertarungan hebat yang bakal disaksikan penonton.

Dalam “Mortal Kombat,” pejuang MMA Cole Young, yang selalu bertarung demi mendapatkan wang, tidak mengentahui warisannya sehinggalah Maharaja Outworld Shang Tsung menghantar pejuang terbaiknya, Sub-Zero, Cryomancer dari dunia lain, untuk memburu Cole. Takut akan keselamatan keluarganya, Cole mencari Sonya Blade atas arahan Jax, seorang Mejar Pasukan Khas yang mempunyai tatu naga pelik, sama seperti yang ada pada badannya sejak dilahirkan. Tidak lama kemudian, dia mendapati dirinya berada di kuil Lord Raiden, Dewa Penatua dan pelindung Earthrealm, yang memberikan perlindungan kepada mereka yang memiliki tanda naga.

Di sana, Cole berlatih dengan pejuang yang berpengalaman Liu Kang, Kung Lao dan tentara upahan Kano, ketika dia bersiap untuk berdiri bersama juara terhebat Bumi melawan musuh-musuh Outworld dalam pertarungan tinggi untuk alam semesta. Cole mesti mendorong dirinya sekuat mungkin untuk membuka kunci arcana – kekuatan luar biasa yang ada dalam jiwanya – dalam usaha untuk menyelamatkan, bukan sahaja keluarganya, tetapi juga untuk menghentikan Outworld.

Mortal Kombat dibintangi Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano serta Lewis Tan.

James Wan dan syarikat penerbitannya, Atomic Monster menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins bertindak selaku penerbit eksekutif, manakala Simon McQuoid sebagai pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Filem live-action “Mortal Kombat” pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson, dan diikuti sekuel berjudul “Mortal Kombat: Annihilation” menyusul dua tahun kemudian, tetapi disebabkan kritikan teruk yang diterimapembikinan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

Mortal Kombat akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 8 April, 2021.

Related posts

Zack Snyder’s Justice League Bantu HBO Max Tarik 3 Juta Pelanggan

Isqandar

Russell Crowe Bawa Watak Zeus Dalam “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee