Berita

Promo Art THE ETERNALS Paparkan Sut Terbaru Ikaris & Ajak

Views

Promo Art terbaru The Eternals yang didedahkan Marvel Studios memaparkan pandangan lebih jelas kostum adiwira yang digunakan oleh karakter Ikaris dan Ajak. Lebih menarik, kostum Ikaris memberi ‘homage’ pada rekabentuk kostum yang digunakan dalam versi komik. Anda boleh saksikan ‘promo art’ The Eternals dibawah.

The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, Ma Dong Seok  sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman.

Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, tetapi berdasarkan sinopsis yang dedahkanThe Eternals akan ditetapkan dalam dua era berbeza iaitu berlatarbelakangkan kota purba Babylon yang wujud ribuan tahun dahulu dan era selepas peristiwa Avengers: Endgame.

Diarahkan Chloe Zhao berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo, filem kedua fasa 4 MCU ini akan menemui penonton pada 6 November ini.  The Eternals kini sedang menjalani penggambaran di London.

BACA:  Gambar Tom Cruise Melakukan Aksi Lagak Ngeri Di Set Penggambaran MISSION: IMPOSSIBLE 7

Tinggalkan Balasan

shares