Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Promo Art The Batman Dedahkan Pandangan Terbaru Robert Pattinson dan Logo

The Batman Art

Awal bulan ini, The Batman telah menyambung kembali penggambaran di United Kingdom … namun ia terpaksa dihentikan selama beberapa hari selepas Robert Pattinson diuji positif COVID-19.

Dilaporkan penggambaran mungkin akan bersambung pada minggu hadapan, dan peminat berharap filem terbaru DC arahan Matt Reeves itu akan ditayangkan pada Oktober tahun hadapan seperti yang dirancang.

Sementara itu, promo art The Batman telah dimuatnaik di media sosial baru-baru ini, dan promo tersebut memaparkan pandangan terbaru Robert Pattinson sebagai Batman berserta logo terbaru. Anda boleh lihatnya dibawah. 

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Filem terbaru DC/Warner Bros. ini akan menemui penonton pada 1 Oktober 2021.

Sumber: Twitter

 

Related posts

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee