Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Promo Art ETERNALS Bocor Di Media Sosial, Dedahkan Kostum Ajak & Druig

Promo art filem terbaru MCU Eternals telah bocor di media sosial!

Eternals sepatutnya ditayangkan pada minggu ini, tetapi disebabkan pandemik, Marvel Studios telah membuat keputusan untuk menunda tayangan filem ini ke 5 November tahun hadapan. Ya, penantian yang cukup lama, hampir setahun, tetapi sementara menantikan filem ini ditayangkan, anda boleh lihat promo art serta plot sinopsis Eternals dibawah. 

Promo Art terbaru ini memberi sorotan kepada kostum yang akan digunakan watak Ajak, Druig dan berkemungkinan besar, Kingo lakonan Kumail Nanjiani. Sudah tentu, ia bukanlah konstum akhir, dan pihak studio mungkin akan menambah baik sebelum ia ditayangkan dilayar perak. Tetapi berdasarkan rekabentuk dan warna, ia seperti memberi ‘homage’ kepada buku komik. 

Selain itu juga, pendedahkan plot sinopsis dari permainan Eternals memberi sedikit gambaran mengenai filem akan datang. Plot tersebut menggambarkan Eternals adalah “bangsa makhluk asing abadi dari planet yang jauh” yang ditugaskan untuk melindungi dunia dari “bangsa makhluk asing jahat yang digelar Deviants”. 

Advertising

https://www.instagram.com/p/CHQEI6BFNCE/?igshid=1l9223vfngoo7

Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, Ma Dong Seok  sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman.

Diarahkan Chloe Zhao berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo, filem kedua fasa 4 MCU ini akan menemui penonton pada 5 November 2021.

Advertising
Advertising

Related posts

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Kerry Washington & Charlize Theron Bintangi Filem Terbaru Netflix “The School for Good and Evil”

Kakimuvee

Leave a Comment