Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Promo Art” Black Widow Dedahkan Lagi Sut Terbaru Natasha & Gambaran Terbaru Taskmaster

Penggambaran filem Black Widow telahpun selesai beberapa hari yang lalu, dan kini sedang memasuki fasa pasca produksi. Bagi membuatkan peminat tidak sabar menantikan filem pertama Fasa 4 MCU itu, beberapa promo art filem Black Widow telah didedahkan kepada umum.

‘Promo art’ tersebut telah menampilkan sut terbaru yang akan digunakan Natasha Romanoff a.k.a Black Widow dalam filem solonya itu, dan ia juga turut memaparkan pandangan yang lebih jelas Taskmaster. Anda boleh saksikannya dibawah.

Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland manakala skrip ditulis oleh Jac Schaeffer dan Ned Benson. Filem terbaru Marvel ini dibintangi oleh Scarlett Johansson yang meneruskan wataknya sebagai Natasha Romanoff / Black Widow. Dia turut dibantu pelakon Florence Pugh sebagai Yelena Belova, David Harbour sebagai Alexei Shostakov serta Rachel Weisz.

Plot filem buat masa ini masih lagi tidak diketahui, tetapi filem Black Widow akan ditetapkan selepas peristiwa filem Captain America: Civil War. 

Black Widow bakal menemui penonton pada 1 Mei 2020.

https://www.instagram.com/p/B3hczMLlT1a/?utm_source=ig_web_copy_link

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment