Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Prolog Filem Tenet Arahan Christopher Nolan Akan Disiarkan Di Pawagam IMAX Tidak Lama Lagi

 

Menurut portal Vital Thrills, Warner Bros Pictures dilaporkan akan melancarkan prolog filem Tenet arahan Christopher Nolan tidak lama lagi. Setakat ini tidak diketahui tarikh tepat tayangan prolog filem tersebut, tetapi terdapat spekulasi bahawa ianya akan ditayangkan sebelum tayangan filem Star Wars: The Rise of Skywalker pada 20 Disember ini.

Tenet: Prologue hanya akan ditayangkan secara eksklusif dipawagam-pawagam IMAX. Sebelum ini, filem arahan Nolan seperti The Dark Knight, The Dark Knight Rises dan Dunkirk telah diberi kesempatan untuk menayangkan prolog di pawagam-pawagam IMAX sebelum tarikh tayangan sebenar

Tenet digambarkan sebagai sebuah pengintipan thriller antarabangsa yang melibatkan tujuh buah negara. Bintang BlackKkKlansman, John David Washington memainkan peranan utama disamping beberapa pelakon lain termasuklah Robert Pattinson (Good Time), Elizabeth Debicki (Widows), Dimple Kapadia (Fugly), Aaron Taylor-Johnson (Avengers: Age of Ultron), Michael Caine (The Dark Knight Rises) dan Kenneth Branagh (Dunkirk).

Filem ini ditulis sendiri oleh Nolan dan mengabungkan filem IMAX dan 70mm, teknik sering dilakukan dalam filem-filem arahannya. Nolan menerbitkan filem ini bersama-sama pasangannya, Emma Thomas.

Produksi masih lagi berjalan dan akan menemui penonton pada 17 Julai 2020.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment