Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Projek Sekuel “Ejen Ali The Movie” Telah Bermula!


Ejen Ali The Movie 2 bakal dihasilkan!

Selepas setahun ditayangkan dipawagam, syarikat produksi tempatan, WAU Animaton telah mengumumkan bahawa projek sekuel Ejen Ali The Movie 2 kini dalam pembikinan. 

Berita gembira itu dikongsikan laman sosial rasmi Ejen Ali dan pengarah Usamah Zaid Yasin. Dalam perkongsian itu, telah dedahkan poster ‘teaser’ dan draf skrip untuk filem kedua. 

Setakat ini, butiran lanjut mengenai plot masih belum didedahkan memandangan ia masih diperingkat pra-produksi. Berdasarkan perkongsian, lakonlayar Ejen Alir The Movie 2 akan ditulis oleh Usamah Zaid bersama Hilman Muhamad, Shafiq Isa dan Khai Suwandi. 

Filem pertama Ejen Ali The Movie yang ditayangkan November tahun lalu telah mencapai kejayaan yang cukup besar apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM30 juta dan memenangi Anugerah Kreatif Akademi Asia (AAA) 2020 bagi kategori Arahan Terbaik (Fiksyen).


Selain itu juga, filem animasi tempatan ini bakal membawa nama Malaysia di persada antarabangsa apabila menyertai dua festival filem iaitu Cartoon On The Bay, Itali dan ASEAN Film Week 2020 di Vietnam.

Bagi peminat yang masih belum menonton atau ingin menonton semula Ejen Ali The Movie, ia kini ditayangkan menerusi platform penstriman video berbayar popular Netflix sejak 1 November lalu.


Related posts

Siri Animasi Yang Dinantikan Ramai, “Ejen Ali” Musim 3, Akan Ditayangkan Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 25 Jun

Kakimuvee

“Ejen Ali The Movie” Dinobatkan Filem MeleTOP Pada AME 2020

Zulaikha

Misi Tercapai! Ejen Ali Berjaya Meraih RM20 Juta Dalam Tempoh 2 Minggu

Is Mohd

Ejen Ali The Movie Terus Ungguli Carta Dengan Kutipan RM 13 Juta Dalam Tempoh 7 Hari

Zulaikha

Review Filem: Ejen Ali The Movie

Kakimuvee