
Selepas muncul dalam animasi What If…? dan sekuel Doctor Strange in the Multiverse of Madness (yang mana watak itu berakhir dalam keadaan ‘yang tidak sempurna’), satu projek ‘live-action’ yang melibatkan watak Captain Carter dikhabarkan sedang pembangunan oleh Marvel Studios.
Perkhabaran itu hadir dalam satu segmen “Rumor of the Week” dari The DisInsider Show dimana Derek Cornell mendakwa bahawa Marvel Studios kini sedang aktif membangunkan projek Captain Carter, sama ada filem ataupun siri.
“Panas dari Doctor Strange 2 dan What If…?, kami tidak pasti sama ada ia adalah siri, tetapi kami mendengar [mengenai] siri aksi langsung Captain Carter,” kongsi Cornell (via Murphy’s Multiverse). “Siri atau filem, tetapi sesuatu sedang dalam pembangunan, aksi langsung akan tiba.”
Jika khabar angin mengenai projek itu tepat, berkemungkinan besar bintang Marvel Cinematic Universe Hayley Atwell akan kembali sebagai Peggy Carter.
Watak Captain Carter membuat penampilan sulung dalam MCU menerusi animasi What If…?. Terbaru, Atwell membawakan versi lain Captain Carter dalam filem arahan Sam Raimi, Doctor Strange in the Multiverse of Madness, sekaligus menandakan debut aksi-langsung untuk watak itu.
Difahamkan, varian Captain Carter dalam sekuel Doctor Strange itu tidak sama dengan yang dilihat peminat dalam animasi Disney+ Hotstar.
Atwell telah memainkan watak Peggy Carter sejak 2011 dengan penampilan pertama dalam Captain America: The First Avenger. Selepas itu, dia telah muncul dalam lima filem MCU, serta dalam siri TV Agent Carter, yang hanya ditayangkan selama dua musim.