Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Program Riang-Ria Keluarga November di Cartoon Network & Boomerang

Siaran Media

Nikmati rangkaian kartun terbaharu yang menyeronokkan hanya di Cartoon Network dan Boomerang. Mari kami sama-sama mengucapkan selamat datang kepada karakter animasi cendawan-cendawan yang comel dan unik di The Fungies! dan juga menyaksikan bagaimana superhero muda DC belajar untuk bekerjasama untuk menawan musuh jahat dan selamatkan dunia kesayangan mereka.

The Fungies!

Tayangan perdana pada hari Sabtu, 14 November, pukul 9.30pagi di Cartoon Network (Saluran Astro Ch 615 HD / 635). Episod baharu ditayangkan setiap hujung minggu

The Fungies! adalah karakter animasi cendawan berwarna-warni yang hidup pada zaman prasejarah tetapi Seth, cendawan yang berusia 10 tahun yang sangat meminati sains ini terpesona dengan bagaimana dunia berfungsi. Dia selalu ingin berkongsi pengalaman baharunya dengan semua yang tinggal di Fungietown –

sama ada dalam perancangan persembahan epik show-and-tell-nya, usaha dia mencari teman dinosaurnya Pam, ataupun kepintarannya dalam menguatkan sendiri agar dia dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam sukan. 

DC Super Hero Girls: Hero of the Year

Tayangan Perdana pada hari Sabtu, 21 November, pukul 11pagi di Boomerang (UnifiTV Ch 555) dengan encore pada pukul 5.30petang

Apabila pelajar Super Hero High bersiap sedia untuk upacara tahunan Pahlawan Terbaik, penjahat Dark Opal muncul di sekolah dengan senjata yang paling berkuasa di dunia untuk memusnahkan perayaan itu! Bolehkah Wonder Woman, Supergirl, Batgirl dan Bumblebee menghentikan ancaman Dark Opal dan selamatkan semua pelajar?

Related posts

Trailer The Flash: Armageddon Mengusik Acara Crossover 5-Bahagian

Kakimuvee

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

The CW Bangunkan Reboot Babylon 5, Michael Straczynski Kembali Sebagai Penulis

Kakimuvee

Leave a Comment