Slot Tempatan

Program Pendidikan Di Astro Bantu Pelajar Ketika PKP

Views

Susulan pendekatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengadakan sesi pembelajaran melalui saluran pendidikan di televisyen baru-baru ini, Astro turut mengambil langkah proaktif memperkenalkan slot istimewa, ‘Kuiz Pantas TTV’.

Menerusi rangkaian saluran pendidikan Astro Tutor TV, pelajar tidak akan ketinggalan untuk mengikuti silibus pembelajaran sambil berpeluang membuat rujukan di rumah terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PT3, dan SPM.

Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata elemen interaktif yang hadir dengan gabungan penggunaan pembelajaran secara linear melalui televisyen dan juga dalam talian selari dengan kajian KPM.

“Kami mendapati terdapat hampir 80 peratus pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti sekitar 36 peratus murid sekolah rendah.

“Kami melihat ini sebagai peluang terbaik bagi para pelajar yang menyertai kuiz ini untuk menggunakan platform media sosial mereka dengan lebih produktif sepanjang Perintah Kawalan Pegerakkan (PKP),” katanya.

Difahamkan, setiap episod ‘Kuiz Pantas TTV’ yang berdurasi 15 minit ini akan dibahagikan kepada tiga segmen iaitu pembelajaran, latihan dan kuiz bermula 11 hingga 18 April.

BACA:  Maksud 'Totey' Akan Didedahkan Dalam Filem - Syahmi Sazli

Bagi segmen kuiz, beliau menjelaskan bahawa para pelajar perlu memuat naik video jawapan mereka ke laman media sosial dengan tanda pagar #KuizPantasTTV supaya jawapan itu boleh dinilai oleh guru profesional.

Dalam tempoh dua jam, pelajar boleh menyemak semula jawapan kuiz yang diberikan sebelum itu.

Untuk rekod, sejak permulaan PKP, rangkaian saluran pendidikan Astro boleh diakses secara percuma di saluran Astro Tutor TV UPSR (601), PT3 (602) dan SPM (603), dan secara strim di aplikasi Astro GO dan On Demand.

Saluran pendidikan Astro juga boleh disaksikan melalui servis NJOI secara percuma.

Sementara itu, Astro juga melancarkan ‘Coding di Rumah’, satu inisiatif bahagian Pendidikan Digital Astro bagi mengetengahkan kepentingan mempelajari asas-asas pengekodan dalam kehidupan seharian.

Yasmin berkata pengekodan dapat meningkatkan daya kreativiti anak-anak dan memberi perspektif baharu dalam penyelesaian masalah.

“Pengekodan juga boleh dilihat sebagai pembuka langkah kepada pelbagai peluang bagi anak-anak dewasa kelak.

“Misalnya pemilihan pekerjaan yang fleksibel kerana permintaan untuk pekerjaan yang berkaitan dengan pengekodan kekal kukuh dan bakal meluas pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

BACA:  Penerbit Tunggu Masa Yang Sesuai Untuk Sambung Tayangan BULAN & PRIA TERHEBAT

Dalam pada itu, anak-anak juga berpeluang untuk mencipta permainan digital 2D sendiri di rumah menggunakan platform percuma, Scratch.

Bermula 9 hingga 30 April, mereka boleh mengakses video tutorial dan melihat pelbagai contoh permainan digital ini melalui laman sesawang rasmi pengekodan Astro, dekoded.astroceria.com.my.

Yasmin berkata, ini merupakan usaha Astro untuk sentiasa sedia berkhidmat sebagai peneraju kandungan yang menghiburkan lagi bermanfaat bagi rakyat Malaysia ketika PKP ini.

Berikut jadual siaran bagi 'Kuiz Pantas TTV'.

Berikut jadual siaran bagi ‘Kuiz Pantas TTV’
Sumber: Astro Awani

Tinggalkan Balasan

shares