Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Professor X Sepatutnya Membuat Cameo Dalam Filem THE NEW MUTANTS

The New Mutants images

Selepas beberapa kali ditunda, akhirnya filem The New Mutants bakal menemui penonton pada April ini. Ketika peminat kini sedang menghitung hari untuk menonton filem terakhir X-Men dibawah bumbung 20th Century Studios, laman Screen Rant telah kongsikan sedikit butiran menarik ketika mereka melawat lokasi penggambaran The New Mutants pada Ogos 2017.

Menurut laman tersebut, Boone mendedahkan bahawa The New Mutants sepatutnya berlatarbelakangkan zaman 1980an, dimana ianya selari dengan satu lagi filem X-Men iaitu X-Men: Apocalypse. Lebih menarik filem spin off ini akan menampilkan cameo besar, iaitu kemunculan Professor X!.

Selain itu juga, Boone turut kongsikan keterujaannya selepas Fox memberi lampu hijau untuk menghasilkan The New Mutants. 

“It’s funny man, they’re so emboldened by Deadpool and Logan and that they really let us – I can’t believe they’re letting us make this movie. If they knew all the stuff in this, I’m still like ‘Do they know how f-cked up this movie is?’”

Agak menarik sebenarnya apabila mengentahui The New Mutants sezaman dengan X-Men: Apocalypse. Jika perancangan berjaya, peminat mungkin berpeluang menyaksikan ‘crossover’ diantara kumpulan New Mutants – yang lebih ‘dark’, dengan anggota X-Men yang diketuai Professor X. Bagaimanapun, proses rakaman semula dan pembelian Fox oleh Disney telah menghalang peluang The New Mutants untuk dikaitkan dengan filem-filem X-Men.

Kini, The New Mutants menjadi sebuah filem ‘standalone’, dan dengan karakter X-Men yang berada dibawah bumbung Marvel Studios, peminat perlu tunggu dan lihat bagaimana filem terakhir Fox Marvel ini akan menutup francais X-Men. Adakah ia akan menjadi pembuka babak baru untuk memperkenalkan karakter Mutant ke MCU? sama-sama kita nantikan pada 2 April ini.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment