Berita

Produksi Sekuel SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSE Telah Bermula!

Views

Produksi filem animasi adiwira, Spider-Man: Into the Spider-Verse telahpun bermula!. Pekara tersebut didedahkan ketua animator Sony Imageworks, Nick Kondo menerusi perkongsian di media sosial Twitter.

Sekuel Spider-Man: Into the Spider-Verse sepatutnya ditayangkan pada April 2022, tetapi pihak studio mengambil keputusan untuk menukar ke tarikh 7 Oktober 2022.

Spider-Man: Into the Spider-Verse yang ditayangkan pada 2018 telah berjaya menerima pengiktrifan Oscar dengan mengondol anugerah Filem Animasi Terbaik. Disamping itu juga, filem animasi arahan Bob Persichetti, Peter Ramsey, dan Rodney Rothman ini turut sukses dipentas box office apabila berjaya meraih $350 juta dolar seluruh dunia.

Filem animasi ini memperkenalkan Miles Morales sebagai generasi baru Spider-Man dan dibintangi pelakon Shameik Moore yang membawa suara Miles. Dia turut disertai Liev Schreiber sebagai Kingpin, Mahershala Ali sebagai Aaron, pakcik kepada Miles, Brian Tyree Henry sebagai ayah Miles, Jefferson, Luna Lauren Velez sebagi Rio, Lily Tomlin sebagai Aunt May serta Hailee Steinfeld sebagai Spider-Gwen, Jake Johnson sebagai Peter Parker, Kimiko Glenn sebagai SP//dr aka Peni Parker;  John Mulaney sebagai Spider-Ham; dan Nicolas Cage sebagai Spider-Man Noir.

Skrip filem pertama ditulis oleh Phil Lord dan diterbitkan secara bersama oleh Avi Arad, Amy Pascal, Christoper Miller dan Christina Steinberg.

Tinggalkan Balasan

shares