Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Calon Oscar Samuel L. Jackson telah memuatnaik gambar di Instagram dan mengesahkan bahawa penggambaran siri terbaru marvel Studios, Secret Invasion, telahpun bermula. Siri terbaru Disney+ itu dijadualkan tayangan pada 2022. 

Dalam perkongsian tersebut, bintang MCU itu menyatakan keterujaannya kembali sebagai Nick Fury, sambil memakai baju yang diilham dari watrak tersebut. Ini menandakan kali ketiga belas Jackson membawa peranan bekas pengarah S.H.I.E.L.D itu. Dia baru-baru ini telah menyumbang suara untuk wataknya dalam episod keempat siri animasi What If…?

Siri Disney+ Secret Invasion ditetapkan sebagai siri 6 episod yang akan diterajui oleh bintangu utama MCU, Samul L. Jack, yang mengulangai peranannya sebagai Nick Fury untuk kali kedua belas dalam aksi langsung sejak pertama kali memainkan peranan itu dalam Iron Man tahun 2008. Dia akan bekerjasama dengan bintang Captain Marvel, Ben Mendelsohn, yang kembali sebagai Talos, ketua bangsa Skrull.

Menyertai mereka adalah pendatang baru MCU, Kingsley Ben-Adir (One Night in Miami) sebagai vilain utama, Olivia Colman (The Crown), Emilia Clarke (Game of Thrones), Killian Scott (Dublin Murders), dan Christopher McDonald (Happy Gilmore), dengan Carmen Ejogo (Fantastic Beasts) baru-baru ini dikhabarkan sedang dalam rundingan untuk menyertai siri akan datang. 

Berdasarkan siri komik karya Brian Michael Bendis, Leinil Francis Yu, Mark Morales, dan Laura Martin, Secret Invasion diarahkan oleh Thomas Bezucha dan Ali Selim (The Looming Tower) dengan Kyle Bradstreet (Mr. Robot) sebagai penerbit ekskutif. Penggambaran dijangka bermula pada penghujung tahun ini bertempat di Eropah. 

Siri crossover Marvel Comic ini berpusat pada pencerobohan jangka panjang oleh Skrulls, yang secara diam-dia telah menggantikan banyak pahlawan super di Marvel Universe dengan menyamar selama beberapa tahun sebelum mereka menceroboh Bumi.

Related posts

HBO Drama Series THE GILDED AGE Debuts January 25 Exclusively on HBO GO And HBO

Kakimuvee

Teaser Pertama ‘Moon Knight’ Yang Menampilkan Oscar Isaac Sebagai Watak Utama

Kakimuvee

Pandangan Pertama Iman Vellani Sebagai Ms. Marvel Telah Didedahkan kepada Umum

Kakimuvee

Owen Wilson & Larry the Cable Guy Kembali Dalam Siri Disney+ ‘Cars on the Road’

Kakimuvee

Treler Baymax! Menggoda Debut 2022 Di Disney+

Kakimuvee

Siri Disney+ She-Hulk Dapat Teaser Pertama

Kakimuvee

Leave a Comment