Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Produksi Musim Ke-3 “The Umbrella Academy” Telahpun Bermula

Produksi musim ketiga siri Netflix The Umbrella Academy telahpun bermula!

Pekara tersebut didedahkan salah seorang bintang siri tersebut, Elliot Page yang memuatnaik gambar set penggambaran di media sosial Instagram miliknya. Gambar tersebut turut memaparkan logo musim ketiga. Anda boleh lihatnya dibawah. 

Finale musim 2 yang lalu menyaksikan kumpulan itu berjaya menyelamatkan dunia (sekali lagi) dari kiamat, tetapi ketika mereka kembali ke garis masa mereka sendiri, mereka mendapati diri mereka berada dalam realiti alternatif dengan “Sparrow Academy” nampaknya dipimpin oleh Ben Hargreeves yang masih hidup.

Netflix sebelum ini telah mengumumkan penambahan pelakon untuk musim ketiga yang mana mereka akan memainkan watak-watak dalam kumpulan “Sparrow Academy”, jelmaan jahat The Umbrella Academy. 

The Umbrella Academy dibintangi Elliot Page, Tom Hopper, Emmy Raver-Lampman, Robert Sheehan, David Castañeda, Aidan Gallagher, Cameron Britton, Mary J. Blige, Colm Feore, Adam Godley, John Magaro, Ashley Madekwe, dan Kate Walsh.

Musim ketiga akan memperkenalkan “Sparrow Academy” yang dibintangi Justin H. Min sebagai Ben Hargreeves (watak berbeza), Justin Cornwell sebagai Marcus, Britne Oldford sebagai Fei, Jake Epstein sebagai Alphonso, Genesis Rodriguez sebagai Slone dan Cazzie David sebagai Jayme.

The Umbrella Academy berdasarkan komik dan novel grafik terkenal yang dicipta dan ditulis Gerard Way (My Chemical Romance), dilukis oleh Gabriel Bá, dan diterbitkan oleh Dark Horse Comics.

Siri Netflix ini diterbitkan Universal Cable Production untuk Netflix, Steve Blackman kembali sebagai penerbit eksekutif dan showrunner bersama Jeff F. King, Bluegrass Television, dan Mike Richardson serta Keith Goldberg dari Dark Horse Entertainment. Gerard Way dan Gabriel Bá turut menjadi penerbit eksekutif. 

Sumber: Comingsoon.net

Related posts

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

The CW Bangunkan Reboot Babylon 5, Michael Straczynski Kembali Sebagai Penulis

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Kakimuvee

Leave a Comment