Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Produksi “More Than Friends” & Drama JTBC Yang Lain Terpaksa Dihentikan Bagi Jalani Ujian COVID-19

Lagi produksi drama terpaksa dihentikan bagi memberi laluan para pelakon dan krew menjalani ujian saringan COVDI-19.

Pada 19 Ogos, produksi drama To All the Guys Who Loved Me terpaksa dihentikan selepas pelakon pembantu Seo Sung Jong disahkan positif COVID-19. Drama Do Do Sol Sol La La Sol turut dihentikan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan kebanyakan kakitangannya turut bekerja untuk produksi To All the Guys Who Loved Me.

Kemudian, kontak rapat Seo Sung Jong, yang juga pelakon pembantu Do Do Sol Sol La La Sol, Heo Dong Wong turut disahkan positif COVID-19. Seo Yi Sook, yang merupakan kontak rapat kepada Heo Dong Won, kini sedang menunggu keputusan ujian COVID-19, sekaligus menghentikan produksi drama Startup yang turut dibintangi Suzy dan Nam Joo Hyuk.

Sementara itu, produksi teater Jjamppong turut mengumumkan bahawa 15 krew dan pelakon disahkan positif COVID-19, termasuklah Kim Won Hae.

Situasi tersebut turut menyebabkan produksi JTBC ditangguhkan buat sementara waktu.

Drama JTBC akan datang, Private Life terpaksa dihentikan penggambaran buat sementara itu kerana menunggu keputusan ujian dari salah seorang kakitangan yang terlibat. Menurut sumber, kakitangan tersebut terlibat dalam drama yang terdapat kes positif COVID-19, namun mereka tidak berhubung secara langsung, dan hanya membuat ujian bagi memastikan mereka bebas dari virus merbahaya itu. Penggambaran yang disambung selepas keputusan dikeluarkan.

Satu lagi drama JTBC, Run On turut menghentikan penggambaran kerana salah seorang kakitangannya berhubung dengan kes suspek COVID-19. Dalam satu pengumuman yang dibuat JTCB, kakitangan tersebut sudahpun melakukan ujian saringan dan dikuarantin sehingga keputusan dikeluarkan.

Drama More than Friends yang dibintangi Ong Seong Wu dan Shin Ye Eun turut dihentikan penggambaran selepas aktres Kim He Jung terdedah dengan pelakon Kim Won Hae. Kedua-dua pelakon tersebut menjalani penggambaran bersama-sama pada 12 Ogos yang lalu. Selepas Kim Won Hae disahkan positif, Kim Hee Jung dan pengurusnya terus menjalani ujian COVID-19. Keputusan ujian akan diketahui pada hari ini.

Sumber: Soompi

Related posts

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

MyK

Ji Soo Disingkirkan Dari Drama “River Where The Moon Rises”

Zulaikha

Peranan Ji Soo Dalam “River Where the Moon Rises” Akan Diganti Dengan Pelakon Lain?

Isqandar

8 K-Drama Menarik Yang Akan Ditayangkan Mac Ini

Zulaikha

8 Pelakon “The Penthouse 2” Kuasai Top 10 Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“L.U.C.A.: The Beginning” Terus Catat Peningkatan Rating, “River Where The Moon Rises” Kekal Mendahului

Zulaikha

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman