Berita

Produksi Filem Reboot Mortal Kombat Telah Bermula!

View

Penggambaran filem Mortal Kombat secara rasminya telahpun bermula! pekara tersebut diumumkan oleh studio New Line Cinema. Penggambaran kini sedang berlangsung di South Australia dan diarahkan oleh Simon McQuoid berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo.

Mortal Kombat akan mengisahkan tentang seorang protagonis yang terlibat dalam pertarungan interdimensi, dan kemudiannya menyedari potensi sebenarnya selepas bertarung dengan lawan-lawannya.

Filem ini dibintangi oleh  Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano dan Lewis Tan yang mana karakternya masih lagi tidak diketahui.

James Wan dan syarikatnya, Atomic Monster akan menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins akan bertindak selaku penerbit eksekutif. Simon McQuoid akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal Kombat pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Filem sekuel berjudul Mortal Kombat: Annihilation menyusul dua tahun kemudianBagaimanapun, kritikan teruk yang diterima Mortal Kombat: Annihilation telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

BACA:  Avengers: Infinity War Kutip $200 Juta Di China

Filem aksi ini bakal menemui penonton pada 5 Mac 2021.

Tinggalkan Balasan

shares