Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Produksi Filem Biopik Freddie Mercury, Bohemian Rhapsody Ditangguhkan

Rami Malek as Freddi Mercury
Bohemian Rhapsody
Rami Malek

20th Century Fox dilaporkan telah menangguhkan sementara produksi filem biopik Freddie Mercury berjudul Bohemian Rhapsody pada 1 Disember yang lalu. Menurut laporan BBC, Penangguhan produksi filem tersebut disebabkan pengarahnya, Bryan Singer mengalami masalah kesihatan.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh studio berkenaan:

“Twentieth Century Fox Film has temporarily halted production on ‘Bohemian Rhapsody’ due to the unexpected unavailability of Bryan Singer.”

Setakat ini tidak diketahui apakah penyakit yang sedang dialami oleh pengarah tersebut, ahli keluarga dan Singer sendiri hanya memberitahu kepada wartawan bahawa beliau hanya mengalami masalah kesihatan.

Laporan The Hollywood Reporter turut melaporkan bahawa, Singer tidak dapat hadir ke set pengambaran sejak musim cuti Thanksgiving. Ketidakhadiran pengarah tersebut ke set pengambaran menyebabkan pihak penerbit mempertimbangkan kemungkinan tempat pengarah tersebut diganti dengan pengarah lain.

The Hollywood Reporter juga menyebut, ini bukan pertama kali pengarah Bryan Singer tidak hadir ke set pengambaran. Beliau juga pernah menghilangkan diri semasa mengarahkan filem X-Men: Apocalypse dan juga Superman Return.

Pengambaran filem Bohemian Rhapsody telahpun bermula sejak beberapa bulan yang lalu dibeberapa lokasi terpilih di UK. Filem yang dibintangi oleh Rami Malek ini akan mengisahkan perjalanan bekas penyanyi terkenal era 70an, Freddie Mercury dan juga kumpulannya iaitu kumpulan Queen.

Selain Rami, Joe Mazzello, Ben Hardy, dan Gwilym Lee turut membintangi filem ini dengan menjadi watak sebagai ahli kumpulan Queen. Bohemian Rhapsody dijangka akan ditayangkan 25 Disember 2018

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment