Berita

Priyanka Chopra Jonas Dalam Rundingan Akhir Sertai THE MATRIX 4

Views

Bintang Bollywood Priyanka Chopra Jonas kini dalam rundingan akhir untuk sertai barisan pelakon filem The Matrix 4 arahan Lana Wachowski. Tiada butiran lanjut mengenai karakter yang bakal dibawa oleh aktres dan penyanyi itu.

Jika rundingan berjaya, Choptra Jonas akan menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss, Jada Pinkett Smith serta beberapa pelakon baru francais The Matrix antaranya Jessica Henwick, Neil Patrick Harris, Toby Onwumere, dan Yahya Abdul-Mateen II yang dikhabarkan bakal membawa watak Morpheus sewaktu muda. Lambert Wilson juga dilaporkan bakal kembali sebagai penjahat, Merovingian.

Lana Wachowski turut menulis skrip The Matrix 4 bersama-sama Aleksander hemon dan David Mitchell. Plot filem masih lagi tidak didedahkan. Penggambaran dijangka bermula pada bulan hadapan bertempat di San Francisco.

Trilogi Matrix yang terdiri daripada The Matrix, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions telah berjaya meraih $1.6 billion dolar seluruh dunia. Ketiga-tiga filem tersebut ditulis dan diarahkan oleh Lana dan adiknya, Lilly Wachowski dan dibintangi Reeves dan Moss sebagai pelakon utama.

BACA:  James McAvoy Derma RM1.5 Juta Bantu Pembelian Sut Perlindungan Jangkitan

The Matrix 4 akan menemui penonton pada 21 Mei 2021.

Tinggalkan Balasan

shares