Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Prime Video Bangunkan Sekuel ROAD HOUSE Lakonan Jake Gyllenhaal


Prime Video sedang membangunkan sekuel Road House lakonan Jake Gyllenhaal dengan Gyllenhaal akan kembali mengulangi peranannya sebagai Dalton, menurut Variety.

“Seperti yang kita lihat pada musim bunga ini, dunia menjadi gila kerana sebuah filem kecil bernama Road House,” kata Jennifer Salke dari Amazon MGM Studio semasa pembentangan kepada pengiklan pada hari Selasa, 14 Mei 2024.

“Hampir 8 juta penonton di seluruh dunia telah menonton Roadhouse. Kami teruja melihat keputusan ini.”

Buat masa ini, plot Road House 2 masih belum didedahkan, begitu juga tarikh tayangannya.

Road House merupakan remake kepada filem tahun 1989 berjudul sama arahan Rowdy Herrington dan dibintangi Patrick Swayze. Amazon Prime Video telah menayangkan filem di platform mereka pada Mac 2024.


“Dalam penggambaran semula kultus klasik 80-an yang didorong adrenalin ini, bekas pejuang UFC Dalton (Jake Gyllenhaal) mengambil kerja sebagai bouncer di rumah jalanan di Florida Keys, hanya untuk mengetahui bahawa syurga ini bukanlah seperti dilihatnya,” menurut sinopsis filem remake itu.

Filem itu diarahkan Doug Lima (The Bourne Identity, Edge of Tomorrow), dan turut dibintangi Daniela Melchior, Conor McGregor, Billy Magnussen, Jessica Williams, B.K. Cannon, dan Joaquim de Almeida.

Road House merupakan kejayaan terbesar Amazon Prime Video, dan menurut syarikat penstriman itu, filem tersebut telah mendapat jumlah tonton sebanyak 80 juta sehinggakini. Filem remake itu boleh distrim di Prime Video.


Related posts

Raikan Musim Raya Dengan Rancangan Menarik Di Prime Video April Ini!

Kakimuvee

The Kidnapping Day Kekalkan Rating Tinggi Menjelang Episod Akhir

Kakimuvee

Prime Video Mendedahkan Tarikh Tayangan Perdana & Poster Utama untuk Siri Asal Malaysia Pertamanya, THAT COVER GIRL

Kakimuvee

Drama Suspen Thriller ‘The Killing Vote’ Akan Ditayangkan Di Prime Video Pada Ogos Ini

Kakimuvee

The King of Musang King to Launch Exclusively on Prime Video

Kakimuvee

Peacock Dedah Gambar Terbaru Siri Prekuel John Wick ‘The Continental’

Kakimuvee