Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Official Trailer

“Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie Part 1 & 2” Akan Ditayangkan Di Netflix

Netflix telah mengumumkan secara rasmi bahawa filem anime Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie akan ditayangkan di platform penstriman tersebut mulai 3 Jun 2021. Filem ini akan tersedia di seluruh dunia di luar Jepun dan merupakan ansuran terbaru dari siri gadis ajaib yang diminati raami, serta menjadi rancangan televisyen hit pada tahun 90-an setelah mendapat kejayaan di majalah manga Kodansha “Nakayosi.”

Kedua-dua Bahagian 1 dan Bahagian 2 Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie berdasarkan pada adegan “Dream Arc” dalam manga asli. Cerita ini berkisar pada perkembangan Sailor Guardians ketika mereka mula menjadi dewasa seperti gadis remaja dan Sailor Guardians. Menurut Netflix, filem ini juga akan menampilkan “cinta pertama Chibi-Usa dan Helios.”

“Kami telah lama berharap untuk membawakan ‘Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie’ kepada semua penonton di seluruh dunia selepas dirilis awal di Jepun pada Januari dan Februari 2021,” Kata Fumio Osano, Ketua Pengarang Kodansha, Pasukan Pembangunan IP Komik.

“Hari ini, kami gembira dapat membawakan filem-filem ini kepada peminat kami melalui Netflix. Di tengah-tengah masa-masa yang mencabar ini, adalah keseronokan terbesar bagi penonton untuk merasakan keberanian dan harapan dengan menonton kisah ini mengenai cinta dan keadilan.

Tonton trailer Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie Part 1 and Part 2 dibawah.

Related posts

[VIDEO] Tajuk & Teaser “Dragon Ball Super Movie 2” Telah Didedahkan

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Leave a Comment