Prestasi Kutipan Filem Tempatan Untuk Suku Ke-2 Tahun 2019

0
91
views

Sebanyak 17 filem buah tempatan telah ditayangan dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini. Walaupun jumlah filem yang ditayangan berkurangan berbanding tahun lepas yang mencatatkan 19 buah filem bagi tempoh yang sama, jumlah kutipan keseluruhan pada tahun ini berjaya mencatatkan peningkatan sekali ganda iaitu sebanyak RM50 juta berbanding tahun lepas dengan kutipan hanya RM22.25 juta.

Filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menyumbang separuh dari jumlah kutipan keseluruhan filem-filem tempatan untuk tempoh 6 bulan pertama dengan jumlah kutipan sebanyak RM25.28 juta, manakala filem Misteri Dilaila ditempat kedua dengan kutipan sebanyak RM9.46 Juta.

Bikers Kental 2 yang diarahkan Mohd Helmi Yusof juga tidak mengecewakan dengan jumlah kutipan tiket sebanyak RM7.67 juta untuk berada di tempat ketiga.

Berikut adalah kedudukan kutipan tiket filem-filem tempatan bagi tahun 2019.

  1. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal = RM25.28 juta
  2. Misteri Dilaila = RM9.46 Juta
  3. Bikers Kental 2 = RM7.67
  4. A Journey Of Happiness = RM3.55 juta
  5. Amazing Spring = RM3 juta
  6. Tiada Tajuk = RM 500 ribu
  7. Red Storm = RM 198 ribu
  8. Lease of Life = RM 120 Ribu
  9. Fly By Night = RM 102 Ribu
  10. Homestay Permainan Maut = RM 72 Ribu
  11. Felina RM 60 ribu
  12. XX-Ray 3 = RM 56 ribu
  13. Two Sister = RM 43 ribu
  14. Satte = RM 27 Ribu
  15. Bu = RM 21 ribu
  16. Kutram Seiyal = RM 14 ribu
  17. Bella & Jamie = RM 9 ribu

Jumlah Keseluruhan: RM 50.203 Juta

Sumber: Finas

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here