
Semasa di Expo D23, Disney telah mengumumkan filem prekuel The Lion King, Mufasa yang akan dilancarkan pada 2024, dan kini tarikh tepatnya telah diketahui.
Disney baru-baru ini telah menetapkan tarikh tayangan Mufasa iaitu pada 5 Julai 2024, dan akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam
Mufasa akan menampilkan Aaron Pierre dan Kelvin Harrison Jr. sebagai pelakon suara versi muda Mufasa dan abangnya, Scar. Prekuel tersebut akan meneroka zaman kanak-kanak kedua-dua watak itu. Rakaman pertama telah ditunjukkan di D23 dengan Rafiki yang menceritakan kisah itu dan memberitahu sekumpulan anak-anak tentang bagaimana Mufasa menjadi raja Pride Rock.
The Lion King yang ditayangkan pada 2019 mendapat sambutan hebat dari pengkritik dan peminat, memperoleh lebih $1.6 bilion di box office global.
Filem tersebut menampilkan barisan pelakon bintang termasuk Donald Glover (Atlanta, Solo: A Star Wars Story) sebagai bakal raja Simba, Beyoncé Knowles-Carter (Dreamgirls) sebagai rakan Simba, Nala, dan James Earl Jones (Rogue One: A Star Wars Story, Field of Dreams) sebagai bapa Simba yang bijak dan penyayang, Mufasa.
Pengarah Barry Jenkins, yang sebelum ini mengarahkan Moonlight dan If Beale Street Could Talk, akan mengarahkan filem prekuel ini.