Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Prekuel MAD MAX: FURY ROAD Akan Dihasilkan


Filem prekuel Mad Max: Fury Road bakal dihasilkan! Menurut pengarah George Miller, filem terbaru itu akan memberi fokus kepada watak Imperator Furiosa yang dilakonkan oleh Charlize Theron.

Bagaimanapun, Charlize Theron dilaporkan tidak akan meneruskan peranannya itu, sebaliknya seorang pelakon lebih muda akan dipilih untuk memainkan peranan Furiosa.

Menurut beberapa sumber, Miller telah bertemu pelakon Anya Taylor-Joy (The New Mutants) pada Mac yang lalu untuk membincangkan peranan dalam filem prekuel itu, tetapi pengesahan masih belum dibuat, dan peranan Furiosa masih terbuka pada pelakon-pelakon lain.

Miller mendedahkan bahawa, dia ada mempertimbangkan untuk membawa Theron kembali dan menggunakan teknologi digital seperti yang dibuat filem Captain Marvel dan Ant-Man and the Wasp, namun dia akhirnya memilih untuk mencari pelakon baru bagi watak itu.

Projek ini telah mula dirancang sejak 2015, dan pada awalnya, ia dibangunkan sebagai sebuah filem spin-off. Pembangunan hanya akan dimulakan sebaik sahaja Miller menyelesaikan filem terbarunya berjudul Three Thousand Year of Longing lakonan Tilda Swinton dan Idris Elba.



Related posts

Transformasi Anya Taylor-Joy Sebagai FURIOSA Untuk Spin-Off “Mad Max: Fury Road”

Kakimuvee

Chris Hemsworth Hampir Tidak Dikenali Dalam Foto Belakang Tabir “Furiosa”

Kakimuvee

Charlize Theron Kongsi Gambar Pertama Clea Untuk Filem “Doctor Strange 2”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Fast X” Goda Kepulangan Charlize Theron Sebagai Cipher

Kakimuvee

Spin-Off ‘Fast & Furious’ Sedang Dibangunkan, Akan Fokus Pada Watak Cipher

Kakimuvee

15 Pelakon Aksi Wanita Paling Hebat Dalam Sejarah Hollywood

Kakimuvee