Berita

Prekuel HUNGER GAMES Akan Fokus Pada 'Origin' Presiden Snow

Views

Pada tahun lalu, dilaporkan Lionsgate merancang untuk membangunkan filem terbaru francais Hunger Games, adaptasi dari novel The Ballad of Songbirds and Snake,  yang juga merupakan prekuel The Hunger Games karya Suzanne Collins.

Butiran lanjut mengenai plot dan karakter filem prekuel akan datang telah didedahkan (via EW), dimana ia berkisarkan tentang kisah 'origin' watak antagonis President Snow yang sebelum ini dilakonkan oleh Donald Sutherland

Novel The Ballad of Songbirds and Snake diterbitkan 12 tahun selepas novel pertama yang diterbitkan pada 2008. Novel terbaru Collins itu akan dilancarkan pada 19 May ini.

Dalam novel prekuel nanti, Coriolanus Snow digambarkan sebagai "seorang remaja dilahirkan dengan keistimewaan tetapi mencari sesuatu yang lebih ... dia ramah. Dia menawan. Dan, buat masa ini, dia seorang pahlawan ". Perwatakannya juga jauh berbeza dari siri filem dan novel sebelumnya dimana dia dikenali sebagai diktator yang jahat sepertimana semua peminat tahu.

The Ballad of Songbirds and Snakes akan ditetapkan 64 tahun sebelum trilogi asal, bermula dari 'Tenth Hunger Games' dimana Snow ditugaskan untuk menjadi mentor kepada pahlawan wanita dari District 12.

“With this book, I wanted to explore the state of nature, who we are and what we perceive is required for our survival,”

“The reconstruction period 10 years after the war, commonly referred to as the Dark Days — as the country of Panem struggles back to its feet — provides fertile ground for characters to grapple with these questions and thereby define their views of humanity.”

Filem trilogi asal Hunger Games dibintangi Jennifer Lawrence sebagai watak utama, Katniss Everdeen. Siri tersebut turut dibintangi Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Lenny Kravitz, Elizabeth Banks, Sam Claflin, Stanley Tucci dan Philip Seymour Hoffman. Francais The Hunger Games mengandungi 4 filem yang terdiri daripada The Hunger Games, Catching Fire, Mockingjay-Part 1 serta Mockingjay-Part 2 dan telah mengumpul lebih $ 2 billion dolar seluruh dunia.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks