Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

John Wick 3 Sudah Memasuki Fasa Pra-Produksi, Barisan Pelakon Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Filem ketiga John Wick kini dilaporkan sudah mula memasuki fasa pra-produksi dan bakal mengumumkan pelakon-pelakon filem ketiga itu nanti. Menurut artikel dari laman web Movieweb.com, skrip yang ditulis oleh Derak Kolstad untuk filem ketiga ini sudah pun diselesai, dan beberapa lokasi seluruh dunia akan menjadi tempat penggambaran filem John Wick 3, antaranya di Jerusalem dan Tokyo.

Sementara itu, menurut artikel dari Omegaunderground.com pula, pelakon filem aksi Jepun, Sonny Chiba dikhabarkan akan muncul dalam filem John Wick 3 dengan membawakan watak ketua kumpulan Yakuza

Selepas kejayaan filem kedua yang berjudul John Wick: Chapter Two, Lionsgate tidak menunggu masa yang lama untuk mengumumkan filem ketiga yang dijadualkan tayangannya pada 17 May 2019.

Filem pertama John Wick yang dibintangi oleh Keanu Reeves mengisahkan bekas pembunuh upahan yang terpaksa kembali menjadi pembunuh bagi membalas dendam terhadap sekumpulan gangster yang telah merampas segala benda yang disayangi olehnya, manakala filem kedua pula menyaksikan John Wick terpaksa melunaskan janjinya dengan salah seorang ketua organisasi penjenayah sehinggakan dia menjadi buruan pembunuh-pembunuh upahan yang lain.

Filem ketiga akan menyambung dari filem kedua dimana John Wick bakal diburu oleh semua pembunuh upahan seluruh dunia kerana melanggar kod etika dengan membunuh ketua organisasi penjenayah disebuah hotel.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai filem ketiga John Wick, dan kita nantikan pengumuman barisan pelakon John Wick 3 tidak lama lagi,.

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee