Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Power Rangers Review

Genre: Aksi / Sains Fiksyen

Pengarah: Dean Israelite

Pelakon:Ā Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 23 Mac 2017

Rating: PG13

Semasa pertama kali Lionsgate mengumumkan reboot filem Power Rangers, kami tertanya-tanya adakah filem berkenaan akan mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku pada filem Power Rangers 1995. Namun memikirkan reputasi studio berkenaan, kami yakin yang filem reboot yang bakal dihasilkan itu akan dapat memberi kepuasan kepada peminat siri Televisyen berkenaan, baik yang dewasa mahupun kanak-kanak.

Dan semalam, selepas menunggu berbulan-bulan untuk filem berkenaan ditayangkan, kami dapat rasakan reboot filem berkenaan boleh dianggap berbaloi walaupun terdapat beberapa kekurangan dari segi mutu lakonan dan aksi fighting antara Power Rangers dan Rita Repulsa.

Sepanjang sejam lebih filem, boleh dikatakan banyak berbual, konflik remaja dan latarbelakangĀ mengenai peribadi Jason dan rakan-rakannya. Walaubagaimanapun, kami rasakan tidaklah begitu bosan, sekurang-kurangnya kami dapat mengenali dengan lebih dekat karakter-karakter yang ditunjukkan dalam filemĀ ini. Cuma 20 minit terakhir benar-benar menyelamatkan iaĀ dari terjurumus ke lembah kegagalan filem reboot. Megazord, Goldar dan aksi fighting Power Rangers dengan minion Rita Repulsa serta lagu ā€œold skoolā€ siri berkenaanĀ benar-benar mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak kami yang sememangnya pernah menonton siri televisyen Power Rangers musim pertama dahulu.

Dalam banyak-banyak karakter dalam filem ini, boleh dikatakan Billy ā€œBlue Rangersā€ antara yang menonjol. Kecerdikannya, humor dan kepetahannya dia bercakap membuatkan Billy dianggap ā€œthe best Power Rangersā€ dalam filem ini.

Power Rangers juga mengangkat kesedaran autism dikalangan penonton. Karakter Billy yang juga merupakan Rangers Biru telah diangkat sebagai individu autisms, seiring dengan warna rasmi autism iaitu warna biru. Disebalik kekurangannya itu, banyak kelebihan yang ditunjukan pada karakter tersebut antaranya individu paling bijak dalam kumpulan Power Rangers dan sanggup berkorban demi rakan-rakannya. Sebab itulah kami anggapĀ Billy adalah karakter paling menonjol berbanding karakter-karakter lain, malah melebihi ketua RangersĀ iaitu Jason.

Zord vs Goldar

Kami juga suka dengan cara pengarah Dean Israelite menerapkan origin dan kesusahan yang perlu dilalui oleh 5 remaja dalam filem ini untuk menjadi Power Rangers. Tidak sama seperti yang ditunjukan dalam siri Power Rangers yang asal dan memberi sedikit kelainan kepada audience. Ini bererti, penonton dapat melihat sesuatu yang baru dalam siri Power Rangers berkenaan asal usul Rita dan Zordon serta apa yang perlu dilakukan oleh kumpulan remaja tersebut sebelum bergelar Power Rangers. Ia bukannya seperti memiliki equipment dan menyebut ā€˜it’s Morphing time!ā€ ia memerlukan suatu semangatĀ luar biasa supaya syiling yang dimiliki oleh remaja-remaja terbabit mengeluarkan kuasa dan menukarkan mereka menjadi Power Rangers.

Dean Israelite juga berjaya menggilap bakat pelakon-pelakon remaja yang membintangi filem ini. Walaupun terdapat sedikit kekurangan, ia setidak-tidak menampak potensi besar pada mereka dan mungkin dapat meningkatkan lagi mutu lakonan para pelakon remaja ini untuk filem sekuel akan datang.

Antara kelainan yang ditonjolkan dalam filem reboot iniĀ ialah sidekick kepada kumpulan hero terbabit iaitu Alpha 5. Jika dalam siri televisyen Alpha sekadar robot biasa, tetapi dalam filem, Alpha bukalah sekadar robot biasa, ia menunjukkan kekuatan tersendiri dan juga banyak membantu Jason dan rakan-rakannya berlatih untuk menghadapi Rita Repulsa.

Walaupun terdapat kekurangan dari segi aksi dan pertunjukan pertarungan antara Megazord dan Goldar, secara keseluruhan kami berpuashati dengan filem reboot ini. Ia bukan sahaja berjaya mengembali nostalgia zaman kanak-kanak, malah dapat memberikan satu aksi yang sepatutnya ditunjukan oleh Power Rangers dalam sebuah filem bukannya seperti siri Televisyen. BTW, Kami tidak sabar menantikan filem seterusnya dan kepada yang belum menonton filem ini, diminta jangan berganjak dari tempat duduk anda kerana ada sesuatu yang akan ditunjukan untuk filem akan datang

Rating: 8/10

Related posts

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment