Berita yang kurang enak mula tersebar dilaman hiburan Hollywood, sekuel filem reboot Power Rangers mungkin tidak akan diteruskan? Ini gara-gara kutipan tiket filem berkenaan yang begitu tidak memberangsangkan walaupun filem berkenaan memberikan prestasi yang baik pada minggu pertama tayangan dan terus merudum selepas minggu kedua dan seterusnya.
Disebabkan prestasi kutipan tiket yang tidak begitu memberangsangkan, filem berkenaan mengharapkan pasaran negara China akan mampu memberikan pulangan besar dari segi kutipan tiket. Namun, selepas ditayangkan semalam di negara berkenaan,Ā Power Rangers hanya mampu mengutip $1.2 juta sahaja pada hari pertama, malah lebih teruk dari filem rebootĀ King ArthurĀ yang mengaut $1.5 juta.
China boleh dikatakan pasaran yang cukup besar buat filem Hollywood untuk mengaut keuntungan menerusi pasaran antarabangsa terutamanya semasa hari pembukaan. Tetapi kutipan yang diterima olehĀ Power Rangers pada hari pembukaan membayangkan pasaran China tidak akan memberikan pulangan besar kepada mereka.
Pada minggu pertama untuk pasaran US beberapa minggu yang lalu, Power RangersĀ hanya mengaut $85 juta sahaja, malah kutipan pasaran antarabangsa tidak jauh berbeza dengan pasaran di negara mereka sendiri. Prestasi ini telah menyebabkan laman webĀ ForbesĀ berspekulasi bahawa sekuel filem ini mungkin tidak akan diteruskan disebabkan keuntungan kecil yang diterima oleh para pelabur.
Jika diteruskan juga sekalipun, studio penerbitan mungkin akan mengecilkan budget untuk penghasilan filem kedua bagi mengelakkan liabiliti kewangan sekirannya filem kedua mengulangi prestasi kutipan tiket filem pertama. Kini mereka mengharapkan jualan Blu-ray untuk memberikan pulangan keuntungan kepada pihak studio.
FilemĀ Power RangersĀ di “reboot” dari filem pertama dan ia filem pertama sejak kali terakhir ditayangkan pada 1997. Filem yang diarahkan Dan Israelite ini menampilkan gaya yang cukup berbeza dari filem pertama dan juga dari siri televisyen. Selain memperkenalkan origin Power Rangers, tone filem berkenaan juga dilihat lebih serius. Kini terpulang kepada pihak studio samada mahu meneruskan sekuel atau memikirkan kembali perancangan mereka disebabkan pretasi kutipan tiket yang tidak begitu memberangsangkan