Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Power Rangers Akan Di’Reboot’ Sekali Lagi

Nampaknya peminat siri Power Rangers tidak berpeluang untuk menyaksikan sekuel filem Power Rangers (2017) apabila dilaporkan akan dihasilkan semula oleh pihak studio. Pekara tersebut disahkan oleh salah seorang pelakonnya, Dacre Montgomery ketika menjawab soalan peminat di forum Reddit.

Dacre Montgomery membawakan watak ‘Red Rangers’ dalam filem arahan Dean Israelite itu turut mengesahkan, para pelakon Power Rangers lain tidak terlibat dalam perancangan filem ‘reboot’ itu.

“I think there is a movie in the works but it’s not with me and the cast. So yes but not with us.”

Setakat ini tiada pengumuman rasmi dari pihak Lionsgate dan Hasbro, tetapi kenyataan pelakon tersebut boleh dianggap sebagai pengesahan tentang pembatalan sekuel Power Rangers 2017.

Walaupun filem yang diterbitkan pada 2017 itu disokong dengan barisan pelakon yang mantap, ianya tidak mampu menambat hati pengkritik dan penonton sehingga gagal memberi pulangan box office apabila hanya mampu meraih $142 juta dolar berbanding modal pembikinan sebanyak $100 juta dolar.

Kepada peminat-peminat Power Rangers, adakah anda rasa filem Power Rangers patut di’reboot’? atau diteruskan sahaja sekuel dengan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada?

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment