Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Power Rangers Akan Dihasilkan Semula, Kali Ini Dibawah Studio Paramount

Dua tahun lalu, studio Lionsgate telah menghasilkan semula filem Mighty Morphin Power Rangers. Bagaimanapun para peminat baik dari yang mengikuti siri asal sehinggalah ke genarasi baru tidak menyokong filem tersebut dan disifat sebagai teruk.

Walaupun kesannya boleh dapat dilihat, studio Paramount Pictures sanggup mengambil risiko untuk mencuba menghidupkan kembali francais tersebut dengan memberi nafas baru.

Menurut laporan dari Variety, Paramount telah memberi tanggungjawab kepada pencipta The End of the F***ing World, Jonathan Entwistle untuk membangunkan filem reboot terbaru Power Rangers. Paramount sebelum telah mengambil alih francais selepas Lionsgate gagal dalam cubaannya.

Penulis Peter Rabbit 2: The Runaway, Patrick Burleigh akan terlibat dalam projek terbaru ini dengan menyediakan skrip.

Power Rangers merupakan salah satu harta intelek milik Hasbro, dimana syarikat pembuat barangan mainan itu turut memiliki G.J Joe, Transformers, Micronauts dan ROM.  Pada 2017 yang lalu, Hasbro dan Paramount Pictures telah menandatangani perjanjian kerjasama eksklusif selama 5 tahun dimana kedua-dua syarikat itu akan menghasilkan beberapa filem live-action termasuklah G.I Joe dan Transformers. 

Dilaporkan Hasbro Studios akan mengikuti jejak langkah Marvel dalam menghasilkan dunia sinematik yang melibatkan karakter-karakter miliknya. Setakat ini tidak dipastikan sama ada Power Rangers akan menjadi sebahagian dari dunia sinematik Hasbro ataupun tidak.

Jadi kepada peminat-peminat Power Rangers, apa pendapat anda dengan filem terbaru yang bakal diterbitkan Paramount dan Hasbro ini?

Related posts

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Made-For-Theatre Movie ROALD DAHL’S THE WITCHES Premieres Exclusively on HBO GO in Malaysia From This Friday 29 January

Isqandar

HBO Max Bangunkan Siri TV Live-Action “Harry Potter”

Kakimuvee

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan Di Malaysia

Isqandar

Christopher Nolan Tidak Lagi Mahu Bekerjasama Dengan Warner Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating