Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Poster “Voice 4” Menjanjikan Ketegangan & Debaran. Tonton Teaser Terbaru Disini!

Voice 4 telah mendedahkan dua poster utama yang menjanjikan ketegangan dan debaran yang bakal disaksikan penonton. Anda boleh lihat poster-poster tersebut dibawah. 

Bagi menambah keterujaan penonton, teaser terbaru turut dilancarkan, menggoda penonton dengan paparan karakter Lee Ha Na yang berhadapan dengan penjahat yang boleh meniru suaranya. Video teaser bermula dengan suara Kang Kwon Joo yang mengatakan, “Kes Code Zero telah selesai. Pemindahan sepenuhnya dalam proses. Pindahkan sekarang. “

Tetapi kejutan berlaku, suara itu bukannya dari Kang Kwon Joo, tetapi dari penjahat. Tertipu dengan tipu muslihat penjahat, Golden Time Team akhirnya mengejar pembunuh itu. Kang Kwon Joo menuju ke tempat kejadian, tetapi pasukannnya telahpun dikeluarkan. Melihat radio dengan pelekat “senyum” di atasnya, dia memperingatkan penjahat itu, “Kepada orang yang menggunakan pendengaran mereka untuk melakukan kejahatan, saya akan membalas dendam.”

Satu lagi teaser menunjukkan kerjasama yang tegang dan mendebarkan antara Derek Jo dan Kang Kwon Joo ketika mereka memburu pembunuh. 

Voice yang telah menayangkan musim pertamanya pada tahun 2017, adalah sebuah drama mengenai pusat panggilan kecemasan dan pekerja yang memerangi jenayah dengan hanya menggunakan maklumat terhad yang mereka dapat dari panggilan terdesak. Musim keempat yang akan datang bakal menyaksikan Golden Time Team menentang pembunuh keji dengan kemampuan pendengaran luar biasa yang menyaingi mereka sendiri.

Lee Ha Na mengulangi peranannya sebagai profiler Kang Kwon Joo, sementara Song Seung Heon akan memainkan peranan sebagai Derek Jo, ketua unit di Jabatan Polis Los Angeles yang akhirnya bekerjasama dengan Golden Time Team.

Voice 4 akan memulakan tayangnya pada 18 Jun ini jam 10.50 malam waktu Korea Selatan.

Related posts

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment