Official Trailer

Poster & TV Spot Terbaru Transformers 5 Tunjukkan Bumblebee Menentang Tentera Nazi

Views

https://www.youtube.com/watch?v=4Q4LkVqnsI8

Filem Transformers: The Last Knight terus memperhebatkan promosi mereka apabila mengeluarkan trailer pendek dan poster terbaru. Kali ini, mereka menunjukkan, salah satu karakter utama filem berkenaan, Bumblebee terlibat dalam Perang Dunia Kedua dengan menentang tentera Nazi.

TV Spot terbaru itu juga menampilkan zaman pertengahan dengan menunjukan beberapa robot Transformers bersama-sama King Arthur untuk menentang penjahat dan juga memaparkan sedikit gambaran sejarah yang menunjukan Transformers sudah lama berada di Bumi dan bersatu untuk menentang penjahat.

Filem kali ini dijangka lebih menarik kerana hero Optimus Prime telah menentang bekas-bekas rakan seperjuangannya terutamanya Bumblebee.

Poster terbaru Transformers The Last Knight yang menunjukan Bumblebee dan bendera tentera Nazi

Mesti ramai peminat ingin mengentahui apakah punca Optimus telah memilih pihak yang salah dalam filem akan datang. Jangan lupa untuk tonton filem Transformers: The Last Knight yang akan ditayangkan pada 21 Jun 2017

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks