Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru WHAT IF…? Goda Kehadiran “Marvel Zombies”

TInggal beberapa hari sahaja lagi sebelum siri animasi What If…? ditayangkan di Disney+ (episod pertama akan hadir pada 11 Ogos), dan kini kita berpeluang untuk melihat satu lagi poster terbaru animasi tersebut. 

Kali ini, poster terbaru itu menyoroti Marvel Zombies, versi Pahlawan Terkuat Bumi yang menjadi pemakan daging setelah terkena virus. Tidak pasti bagaimanakan kisah mereka akan diceritakan (sama ada mereka akan mengekalkan kepandaian mereka), tetapi nampaknya pahlawan-pahlawan ini akan memberikan sesuatu yang menakutkan kepada penonton. 

Mencipta semula pelbagai kemungkinan yang tidak terhingga, What If …? menampilkan watak kegemaran peminat, termasuklah Peggy Carter, T’Challa, Doctor Strange, Killmonger, Thor dan banyak lagi.

Siri baru, yang diarahkan oleh Bryan Andrews dengan AC Bradley sebagai ketua penulis, menampilkan aksi terkenal MCU dan ‘twist’ yang mengejutkan. Siri animasi pertama Marvel Studios ini akan dilancarkan di Disney+ Hotstar pada hari Rabu, 11 Ogos.

Related posts

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Poster & Gambar Terbaru ” Uncharted” Goda Aksi Yang Mendebarkan

Kakimuvee

Leave a Comment