Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru Top Gun: Maverick Previu Kepulangan Tom Cruise Sebagai Pete “Maverick” Mitchell


Top Gun: Maverick bersedia untuk ditayangkan di pawagam pada bulan hadapan, dan menjelang tayangannya pada 27 Mei ini, satu poster terbaru khusus untuk pawagam Dolby Cinema telah dipertontonkan kepada peminat. 

Poster baharu itu menunjukkan Lt. Pete “Maverick” Mitchell (Tom Cruise) ketika dia menaiki sebuah motosikal di bawah landasan. Di langit, kelihatan jet terbang bersamanya. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah:

Top Gun: Maverick akan berlatarbelakangkan zaman dimana dunia telah dipenuhi dengan teknologi dron dan generasi kelima jet pejuang yang menyaksikan era ‘dogfighting’ telah berakhir. Maverick kini telah menjadi pengajar juruterbang, dan mengambil Bradley Bradshaw (Lakonan Miles Teller), anak bekas rakan sepasukannya, Nick “Goose” Bradshaw, sebagai anak muridnya.

Filem arahan Joseph Kosinski ini turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris. Skrip filem ditulis Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer. Paramount Pictures telah menetap tarikh tayangan Top Gun: Maverick pada 27 Mei 2022.


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee