Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru ‘The Suicide Squad’ Beri Gambaran Lebih Jelas Pasukan Task Force X & Penjahat “Starro The Conqueror”

Seperti yang diketahui peminat, ‘Starro’ akan menjadi penjahat utama dalam The Suicide Squad, tetapi Warner Bros. berusaha untuk sekadar menggoda penjahat klasik Justice League itu dalam trailer filem ini. 

Menggabungkan apa yang kita lihat dalam rakaman trailer, nampaknya pemerintah Corto Malta ingin menjadikan makhluk asing sebagai senjata dan sebab itulah ‘Task Force X’ dihantar. Akhirnya, Starro melarikan diri, dan disitulah bermulanya misi berbahaya yang menjadi pertempuran sengit untuk menghentikan makhluk pelik itu mengambil alih planet ini.

Kini, seni promo The Suicide Squad yang baru dilancarkan telah memberikan kepada kita pandangan lebih jelas mengenai Starro. Walaupun warnanya ‘diterbalikkan’, ia menawarkan pandangan pertama ‘The Conqueror’. Buat masa ini tidak diketahui siapakan pelakon yang akan menyuarakan watak ini, tetapi apa yang di’hint’ James Gunn, berkemungkinan watak itu akan dilakonkan oleh pelakon terkenal. 

Anda boleh lihat seni promo The Suicide Squad dibawah:

The Suicide Squad dibarisi beberapa pelakon asal seperti Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman. Mereka akan memainkan peranan yang sama dalam filem 2016, iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Rooker sebagai Savant, Flula Borg sebagai Javelin, David Dastmalchian sebagai Polka Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Idris Elba sebagai Bloodsport, Mayling NG sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai Thinker, Alice Braga sebagai Solsoria , Pete Davidson sebagai Blackguard, Natha Fillion sebagai TDK, Sean Gunn sebagai Weasel, John Cena sebagai Peace Maker dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem terbaru DC Extended Universe ini ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, manakala Charles Roven dan Peter Safran menjadi penerbit. 

SINOPSIS RASMI:

Welcome to hell — a.k.a. Belle Reve, the prison with the highest mortality rate in the US of A. Where the worst Super-Villains are kept and where they will do anything to get out—even join the super-secret, super-shady Task Force X. Today’s do-or-die assignment? Assemble a collection of cons, including Bloodsport, Peacemaker, Captain Boomerang, Ratcatcher 2, Savant, King Shark, Blackguard, Javelin and everyone’s favorite psycho, Harley Quinn. Then arm them heavily and drop them (literally) on the remote, enemy-infused island of Corto Maltese. Trekking through a jungle teeming with militant adversaries and guerrilla forces at every turn, the Squad is on a search-and- destroy mission with only Colonel Rick Flag on the ground to make them behave…and Amanda Waller’s government techies in their ears, tracking their every movement. And as always, one wrong move and they’re dead (whether at the hands of their opponents, a teammate, or Waller herself). If anyone’s laying down bets, the smart money is against them—all of them

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment