Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru Star Wars Kuatkan Teori Peminat Luke Bakal Berubah Kearah Kegelapan?

Facebook page filem Star Wars telah mendedahkan poster terbaru filem Star Wars: The Last Jedi yang dikeluarkan khas untuk panggung Dolby. Poster terbaru tersebut menunjukan wajah Luke Skywalker mendominasi poster berkenaan disamping beberapa karakter penting dalam filem Star Wars ke lapan itu.

Beberapa poster rasmi Star Wars yang dikeluarkan sebelum ini banyak menunjukan wajah Luke Skywalker kelihatan lebih dominan berbanding karakter lain. Adakah ini menandakan Luke bakal berubah kearah kejahatan ataupun berubah menjadi Grey Jedi?

Poster pawagam Dolby Star Wars: The Last Jedi

Terdapat teori peminat yang mengatakan, 7 poster filem Star Wars sebelum ini menunjukan wajah villain lebih menonjol dan besar berbanding karakter-karakter yang lain. Jadi apabila poster-poster The Last Jedi lebih fokus kepada Luke, ia seolah-olah memberi petanda bahawa Luke bakal berubah kearaha kegelapan.

Pelakon yang membawakan watak Luke Skywalker, Mark Hamill sebelum pernah mendedahkan bahawa wataknya kali ini berbeza berbanding perwatakannya dalam filem-filem sebelum ini,

“In ‘Star Wars: The Force Awakens,’ Luke has lost confidence in his ability to make good choices,” “It haunts him to the core. But he hasn’t gone to the dark side. This isn’t an evil version of him. But it’s still an incarnation of the character I never expected. It has pulled me out of my comfort zone. It’s a real challenge.”

Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum tayangan filem Star Wars: The Last Jedi, terdapat banyak persoalan yang ingin diketahui oleh peminat-peminat filem ini antaranya siapakah Rey sebenarnya dan rahsia disebalik warna tajuk yang berubah dari warna keemasan kepada warna merah. Adakah filem kali ini lebih ‘darker’ berbanding filem sebelumnya? kita nantikan tayangan Star Wars: The Last Jedi yang akan mulakan tayangannya pada 15 Disember ini.

*Buat peminat-peminat Star Wars, apakah teori terbaru anda mengenai filem ini? Kongsikan di ruangan komen ya!

Related posts

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Leave a Comment