Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru Rise Of Skywalker Memberi Penghormatan Kepada Revenge Of The Jedi

Lucasfilm telah melancarkan poster terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker yang cukup menarik dimana ia memberi penghormatan kepada poster Star Wars: Revenge of the Jedi lakaran pereka poster terkenal, Drew Struzan.

Pada tahun 80an, pengarah George Lucas ingin memberi tajuk filem terakhir Star Wars berjudul Revenge of the Jedi, dan dia telah meminta Drew Struzan mencipta beberapa poster promosi untuk filem tersebut. Bagaimanapun, Lucas kemudiannya bertindak menukar ke tajuk yang kurang ‘dark’ dan dikenali para peminat Star Wars iaitu Return of the Jedi. Anda boleh lihat perbandingan poster Revenge of the Jedi dan The Rise of Skywalker dibawah.


Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Filem ini diarahkan oleh J.J. Abrams manakala skrip ditulis oleh Abrams sendiri bersama-sama Chris Terrio. Star Wars: The Rise of Skywalker akan menemui penonton pada 20 Disember ini.

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment