Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru Pacific Rim Uprising

2 Poster terbaru filem sekuel Pacific Rim yang berjudul Uprising telah dilancarkan (Lihat gambar dibawah). Dua poster yang baru dilancarkan itu memaparkan dua watak utama yang dilakonkan oleh John Boyega dan Scott Eastwood dengan berlatarbelakangkan Jaeger terbaru.

Filem yang diarahkan oleh  Steven S. DeKnight serta dibintangi oleh John Boyega, Scott Eastwood, Jian Tian, Wesly Wong, Lily Ji,  Qian Yongchen dan Zhang Jin itu akan mengeluarkan official trailer pertama di Konvensyen Comic Con yang bertempat di New York pada minggu hadapan.

Teaser Trailer Pacific Rim Uprising

Selepas 10 tahun pertarungan diantara Jaeger dan Kaiju di Breach, lautan masih didiami oleh makhluk gergasi itu yang menunggu masa untuk kembali mengganas. Penduduk Bumi tetap bersedia dengan membangunkan program Jaeger sehingga menjadi pertahanan global paling berkuasa dalam sejarah umat manusia. Mereka bersedia untuk berhadapan dengan Kaiju yang masih ingin menguasai Bumi.

Pacific Rim Uprising dijangka akan memulakan tayangan pada 23 Mac 2018

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee