Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru “Godzilla Vs. Kong” Previu Pertarungan Epik Tahun Ini!


Tiga poster terbaru “Godzilla vs. Kong” telah didedahkan, menampilkan dua pahlawan hebat di muka Bumi ini yang bersedia untuk bertarung sesama sendiri, menjanjikan satu pertarungan epik yang bakal disaksikan penonton.

Anda boleh gambar tersebut dibawah. 

Sebagaimana tamadun manusia berjuang untuk masa depan, makhluk Godzilla dan Kong bertarung sesama sendiri. Pertubuhan Monarch dalam misi untuk meneroka ke tempat yang belum pernah diteroka untuk mencari klu mengenai asal usul Titan, sementara konspirasi manusia mengancam untuk menghapuskan Godzilla dan Kong dari muka bumi.

Godzilla vs. Kong merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the Monsters. Adam Wingard (Death Note) mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Terry Rossio (Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl).

Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.


Godzilla vs. Kong akan ditayangkan serentak di HBO Max dan pawagam pada 31 Mac 2021. Tonton trailer disini


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee