Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru Filem Perang “Dunkirk”


Studio Warner Bros. telah mengeluarkan poster terbaru filem arahan Christopher Nolan, Dunkirk yang akan ditayangkan Julai ini.

Filem perang dari pengarah trilogi Dark Knight ini akan mengisahkan ribuan tentera British dan Allied yang terperangkap dan di kepung oleh tentera Nazi di pantai semasa cuba untuk berundur. Mereka terpaksa mencari jalan untuk menyelamat diri dari dimusnahkan atau ditawan oleh tentera Nazi.

Filem ini adalah berdasarkan dari event sebenar yang berlaku diawal permulaan Perang Dunia Kedua iaitu semasa pengunduran besar-besaran tentera berikat dari medan perang di Eropah. Misi yang bersejarah itu dinamakan operasi Dinamo dimana ia merupakan operasi ketenteraan paling berjaya dalam sejarah peperangan.

Poster terbaru Dunkirk

Dunkirk diarahkan, ditulis dan diterbitkan sendiri oleh Christopher Nolan serta dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Tom Hardy, Fionn Whitehead, Tom Glynn-Carney, Jack Lowden, Harry Styles, Aneurin Barnard, James D’Arcy dan Barry Keoghan,


Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Review Filem: Oppenheimer (2023)

Kakimuvee

Gabungan Barbie & Oppenheimer Meletupkan Box Office Global Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Nolat Meminati ‘Fast & Furious’, Tidak Pernah Merendahkan Filem Dari Pengarah Lain

Kakimuvee

Tonton 5 Minit Pertama ‘Oppenheimer’

Kakimuvee

[VIDEO] ‘Oppenheimer’ Sifar CGI Menurut Christopher Nolan

Kakimuvee